• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • 5 cara yang perlukan masa untuk kembangkan wang anda

    Adakah anda bosan dan banyak masa lapang? Mengapa tidak mula ‘side hustle’ dan raih wang tambahan.

    Andaikan anda tidak perlukan wang segera, terdapat beberapa cara untuk menambah dana persaraan anda.

    Bagaimanapun, perlu ingat, ia bukan skim cepat kaya. Ia adalah 5 ‘side hustle’ yang memakan masa untuk dibangunkan, dan kadangkala dicipta, sebelum anda meraih beberapa dolar pertama anda.

    DIY dan kraftangan buatan sendiri

    Berminat menjahit, melukis atau mengait? Pernah nampak sekeping kertas yang lembap dan bercadang menjadikannnya sebuah bakul?

    Mengait sehelai ‘sweater’ (baju sejuk) memakan masa berhari-hari, tetapi anda boleh meraih wang yang lumayan jika ada orang sedia membayar untuk memiliki ‘sweater’ mengikut selera mereka.

    Lukisan yang ‘dibuat ikut tempahan’ (made-to-order) juga boleh mencapai harga yang memuaskan daripada pelanggan yang mahukan hadiah hari lahir atau hadiah perkahwinan yang unik.

    Ada ganjaran (Bonus points available)

    Jika pasangan anda kerap berleter (nag) kerana anda habiskan banyak masa membuat kraftangan yang anda minat, ini peluang anda untuk kurangkan kejengkelan (appease) mereka. Anda boleh menjual ‘jumper’ (baju sejuk yang dikait) warna pelangi yang anda kait dalam talian dan gunakan wang jualan tersebut untuk membelikan pasangan anda hadiah istimewa.

    Menanam tanaman (plant) atau sediakan petak semaian (nursery)

    Jika anda ada kebolehan membangunkan sesuatu sendirian (from scratch), mengapa tidak tanam-tanaman?

    Herba (herbs) yang ditanam sendiri kian popular kerana semakin ramai memilih untuk makan makanan organik. Sebungkus biji benih biasanya berharga kurang sedolar, oleh itu tidak perlu bayar harga tinggi untuk mendapatkan beberapa bungkus.

    Taburkan saja biji-biji benih ke dalam pasu yang mengandungi tanah berbaja dan lihat ia tumbuh dari anak benih (seedlings) hingga menjadi tanaman (plants).

    Sudah tentu ia akan mengambil masa berbulan sebelum biji benih membesar (adulthood), tetapi anda banyak masa lapang! Dan tidak ada yang lebih tenang dan menyegarkan (therapeutic) daripada melihat sesuatu yang anda tanam daripada bungkusan, menjadi bahan makanan.

    Keuntungan juga tinggi, memandangkan anda berpotensi menumbuhkan tanam-tanaman daripada sebungkus biji benih. Setiap tanaman boleh dijual empat hingga lapan kali lebih tinggi daripada harga bungkusan, oleh itu ada kesan pengganda yang ketara ( strong multiplier effect).

    Ada ganjaran

    Penuhi balkoni anda dengan pudina (peppermint), selasih Thai (Thai basil), dan balsam lemon (lemon balm), dan bernafas dengan udara yang segar setiap pagi.

    Cipta blog, pos video

    Ghairah bercerita atau berkongsi pengalaman hidup anda kepada ramai? Mengapa tidak mulakan sebuah blog?

    Dan jika anda berbakat dalam sesuatu, seperti memasak, anda boleh manfaatkan blog ini dengan berkongsi kepakaran dan resipi. Anda juga boleh pos video-video untuk menunjukkan bagaimana menyediakan hidangan-hidangan ini.

    Menerbitkan video atau menulis sebuah blog memerlukan beberapa jam untuk menghasilkannya, tetapi jika ia memberi tip-tip yang berguna, anda boleh menambah pengikut tetap perlahan-lahan.

    Walaupun ia mengambil masa berbulan-bulan dan kadangkala bertahun-tahun untuk melakukannya, keuntungan daripada iklan dalam talian dan perjanjian penajaan berpotensi lumayan.

    Ada ganjaran

    Seiring dengan wang tunai tambahan, anda juga boleh terkenal dan mendapat pengiktirafan. Dan siapa yang tak mahu menjadi masyhur?

    Pemasaran affiliate

    Dan jika anda berjaya mengembangkan blog anda atau saluran (channel) dalam talian anda, anda boleh menjana lebih banyak pendapatan melalui pemasaran affiliate.

    Pemasar affiliate cemerlang boleh meraih pendapatan bulan yang memuaskan, tetapi ia perlukan masa untuk meluaskan rangkaian (network) sebelum anda dapat menikmatinya.

    Yang bagusnya, ada beberapa cara untuk anda mula teroka cabaran baru anda. Terdapat program affiliate yang merangkumi pasaran berbeza yang anda boleh pilih, termasuk e-dagang, mengurus laman web dan acara-acara.

    Jika anda pakar dalam dagangan forex, anda mungkin mahu meninjau platform seperti Forex4you. Ia adalah program affiliate yang menawarkan pelbagai bayaran komisyen bergantung kepada jenis pedagang yang anda dapat tarik perhatian.

    Ada ganjaran

    Tumpukan masa untuk mengembangkan rangkaian (network) anda dan anda boleh raih pendapatan yang memuaskan daripada pemasaran affiliate. Ini boleh diperluaskan lagi jika anda sudah pun melaburkan masa membangunkan blog, yang anda boleh sebar untuk menggiatkan (push) pautan affiliate anda.

    Lancar niaga besar-besaran (mega)

    Matlamat tertinggi kebanyakan ‘side hustle’ ialah menubuhkan perniagaan jutaan dolar tanpa bantuan sesiapa (from scratch).

    Ia memerlukan keringat, darah, sedikit tuah dan banyak bersabar. Ia mengambil masa untuk menubuhkan dan mengembangkan perniagaan, oleh itu perlu bertahan dan jangan berputus asa bagi hadapi cabaran ini.

    Terima kasih kepada platform dan teknologi web, kini ia lebih mudah dilakukan.

    Terdapat beberapa perniagaan dalam talian yang terbukti meraih untung lumayan. ‘Dropshipping’, misalnya dikatakan boleh meraih hingga AS$100,000 setahun. Anda boleh jual dan menghantar produk kepada pelanggan dalam talian tanpa perlu menyediakannya dalam simpanan, oleh itu tanpa masalah. Hanya perlu pilih pemborong dan barangan yang sesuai, dan kembangkan niaga secara sedikit demi sedikit.

    Ada ganjaran

    Jika anda berjaya dengan cemerlang dalam perniagaan, ini melibatkan jutaan dolar. Jika anda sedia melabur masa yang diperlukan untuk berkembang, ini akan membawa keuntungan paling besar.

    Catatan berkaitan