Petikan: Adakah anda gunakan indikator momentun, MACD bagi analisis teknikal anda? Berikut adalah asas yang anda perlu tahu, di samping kebaikan dan keburukan indikator ini.

Purata pergerakan penumpuan penyimpangan (MACD) adalah indikator momentum yang mengikut trend. Trend ini boleh disediakan bagi peniaga berdagang dengan Forex4you. Indikator ini dibuat dari garis MACD dan satu garis isyarat. Garis MACD diperolehi daripada pengurangan tempoh EMA tertentu daripada yang lain. Imej di bawah ini menunjukkan MACD 13,21,8.

Yang pertama ialah 13 tempoh pantas EMA dan kemudian 21 tempoh perlahan EMA. Garis MACD (ditunjukkan sebagai histogram kelabu) adalah diplot secara automatik. Ia boleh dihitung dengan mengurangkan EMA perlahan daripada EMA pantas. MA ketiga - 8 tempoh SMA (purata gerak mudah) diplot merentasi histogram kelabu. Ia ditunjukkan dengan garis titik merah yang biasanya dipanggil garis isyarat. Asas bagi gabungan ialah untuk beri syarat beli dan jual pada mana-mana instrumen yang diplot dan pada bila-bila jangka masa. MACD akan buat penyesuaian kepada jangka masa terbaru. Penyelarasan pada MT4 boleh diubah. Tetapan asal pada MTA ialah 12,26,9.

Maklumat apa yang MACD beri?

Indikator adalah pengiraan matematik dan setiap satu selalunya ada cerita yang berlainan. MACD tunjukkn nilai positif sebaik saja EMA pantas di atas EMA perlahan dan nilai negatif, jika EMA perlahan di atas EMA pantas. MACD mempunyai garis asas sifar pada Mt4. Semakin jauh MACD di atas atau di bawah garis sifar, kian jauh dua EMA antara satu dengan lain. Ini menunjukkan trend harga berkembang. Apabila MACD bergerak dekat dengan sifar, ia menunjukkan kelemahan pada trend yang masih diguna pakai (prevail). Terutamanya, jika MACD berada di atas sifar, trendnya ialah bullish sementara bawah sifar menunjukkan trend bearish. Semakin lama MACD berada di atas atau bawah garis sifar, semakin meluas tersebar trend itu.

English: BULLISH TREND, minor weaknesses
Bahasa: TREND BULLISH

Trend di atas ialah bullish pada jangka masa 15 minit. MACD berada di atas dengan menurun menuju garis sifar, yang menunjukkan kelemahan kecil. Trend bullish masih diguna pakai memandangkan MACD cepat balik di atas garis sifar untuk berkembang lagi. Trend bearish akan bermula jika harga jatuh jauh di bawah garis sifar dan melanjutkan berada di sana.

Bagaimana gunakan MACD

1. Menyeberang MACD

Ini adalah satu daripada penggunaan MACD paling popular. Dalam trendmenaik (apabila garis isyarat dan MACD di atas garis sifar), jika garis isyarat merentas bawah histogram MACD, ini bererti trend yang masih wujud akan menjadi lemah. Bagaimanapun, selepas kelemahan, garis isyarat merentas atas MACD, ini menunjukkan penerusan trend bullish. Dalam trendmenurun (apabila MACD dan garis isyarat bawah garis sifar), jika garis isyarat merentas MACD ke atas, ini menunjukkan kelemahan trend bearish. Jika selepas kelemahan, garis isyarat merentas MACD ke bawah, ini menunjukkan penerusan trend bearish.

English: uptrend, crossover
Bahasa: Trend meningkat , menyeberang

Anak panah biru pada harga menunjukkan isyarat beli. Membeli ke dalam trend bullish. Prinsip yang sama diterapkan pada trendmenurun.

2. Penyimpangan MACD-Harga

Apabila MACD membuat tinggi dan rendah yang menyimpang daripada tinggi dan rendah harga yang sepadan, senario ini dipanggil penyimpangan.

English: Bearish divergence, Bullish divergence >
Bahasa: Penyimpangan Bearish, Penyimpangan Bullish

Penyimpangan bearish membentuk tinggi lebih tinggi pada harga dan tinggi lebih rendah pada MACD. Penyimpangan bearish memberi signal jual.  Penyimpangan bullish terjadi apabila harga membuat rendah lebih rendah sementara MACD membuat rendah lebih tinggi. Ini menunjukkan isyarat beli.

Kebaikan dan Keburukan gunakan MACD

Kebaikan

  • MACD boleh digunakan sebagai indikator trend dan indikator momentum.

  • MACD menyediakan isyarat jelas beli dan jual menggunakan menyeberang MACD dan penyimpangan yang dijelaskan di atas.

  • MACD boleh digunakan dengan bergabung dengan cara teknikal lain untuk lebih jelas.

Keburukan

  • Ia boleh berikan terbalik arah palsu. Kadang kala isyarat terbalik arah yang ditunjukkan oleh penyimpangan MACD tidak bererti tervalik arah yang besar akan berlaku. Ini mungkin bererti bahawa berhenti sejenak sementara atau bergerak ke sisi sedang berlaku sebelum trend berterusan. Oleh itu MACD tidak boleh meramalkan semua terbalik arah.

  • MACD kerap kali tidak selalu beri analisis tepat tentang trend. Trend mengikut isyarat juga akan gagal atau memberi gerakan tidak penting sebelum terbalik arah trend.

Catatan berkaitan

site call
live chat