• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Salah satu cabaran besar bagi mereka yang cuba meraih pendapatan sampingan ialah jangkaan mereka perlu mencari idea baru. Bagaimanapun tidak perlu mulakannya tanpa perancangan. Kami telah menyediakan lima idea meraih untung dalam talian yang terbukti berkesan.

    Langkah selanjutnya terpulang kepada anda.

    1. Terbitkan eBook

    Faham dan Ingat:

    Jika anda fikir anda perlu pakar dalam sesuatu perkara untuk menjadi seorang pengarang, ia tidak lagi benar. Terima kasih kepada Internet, anda boleh mencipta eBook – tanpa menulis sepatah perkataan. Contohnya, Saeed Rajan yang meraih AS$2,700 sebulan dan tidak menulis apa-apa. Sebenarnya, terdapat mereka yang mengambil kesempatan game the system dengan menerbitkan secara berterusan buku Kindle yang ringan dan mudah difaham dan meraih keuntungan lumayan.

    Sebaik saja anda sudah memilih topik, anda boleh lakukan penyumberan luar keseluruhan proses penerbitan. Ini termasuk menggajikan seorang penulis bagi kandungan ke pereka grafik bagi muka depan, ke khidmat e-penerbitan untuk menerbitkan eBook anda.

    Ambil Perhatian :

    Anda masih perlu memantau topik apa yang ‘trending’. Anda juga perlu menghebahkan e-Book jika anda mahu ia mendapat perhatian.

    Adakah anda masih raih untung?:

    Yang penting buat pelaburan yang rendah. Anda boleh lakukan sendiri beberapa tugas atau dapatkan khidmat ‘freelancer’ yang baik dan dimampui untuk membantu. Dengan cara ini, walaupun penjualan rendah, anda masih boleh raih keuntungan. Berikut beberapa lagi saranan bagaimana meraih untung walaupun anda memberi eBooks anda secara percuma.

    2. Bertindak selaku ‘Dropshipper’

    Faham dan Ingat:

    Konsep ‘dropshipping’ mudah – anda beli produk dengan harga murah dan menjualnya dengan harga tinggi. Bezanya anda usah menyimpan inventori sebagai stok. Sebaliknya, produk dihantar secara langsung kepada pelanggan melalui orang ketiga seperti pemborong atau pengilang, mengurangkan kos perbelanjaan anda.

    Ambil Perhatian:

    Menurut blog post ini hampir 90 peratus ‘dropshippers’ ‘mengaku kalah’ sebelum usaha mereka berhasil. Ia perlukan ketabahan dan masa bagi bisnes yang baru berkembang maju, sebagaimana yang diakui oleh dropshipper ini. Mujur (Fortunately), Internet menyediakan banyak sumber untuk mengambil iktibar daripada kesilapan orang lain.

    Adakah Anda Masih Raih Untung?:

    Menurut syarikat ecommerce Shopify, besar kemungkinan anda boleh raih AS$1,000 - AS$2,000 sebulan dalam setahun jika anda bekerja 10 hingga 15 jam seminggu untuk menubuhkan bisnes anda. Terdapat latihan ‘hands-on’ percuma untuk menyertai ‘dropshipping’.

    3. Kembangkan Instagram Anda

    Faham dan Ingat:

    Kebanyakan kita melayari Instagram untuk meninjau berita terbaru dan mengikut ‘influencer’ atau jenama. Tetapi tahukah anda jika anda perluaskan Instagram anda untuk menarik sekurang-kurangnya 1,000 pengikut, anda berpotensi meraih untung? Para pemilik Instagram ini tunjukkan apa yang perlu untuk meraih untung.

    Ambil Perhatian:

    Instagram mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi. Sila baca peraturan dan sekatan Instagram jika anda mahu elak dari hadapi masalah, seperti akaun anda diharamkan atau disekat.

    Anda Masih raih Untung?:

    Bergantung kepada ‘niche’ anda dan berapa giat pengikut anda, anda boleh menjana potensi pendapatan tanpa lakukan kerja secara langsung. Ini termasuk mulakan bisnes dalam talian ke lakukan cara yang tidak biasa dilakukan seperti mulakan ‘engagement group’. Berikut panduan pemula dan infografik yang baik untuk mengewangkan Instagram anda.

    4. Mulakan Saluran (Channel) YouTube

    Faham dan Ingat:

    Pernah dengar pemilik YouTube kanak-kanak Ryan Kaji? Kanak-kanak berusia 9 tahun ini meraih wang berlipat ganda – hampir AS$30 juta dalam 2020 sahaja – setakat mempamerkan dan mengulas permainan dan mainan di YouTube. Berita baik buat anda, anda tidak perlu mendapat hasil lumayan seperti Ryan atau miliki skil yang luar biasa untuk raih untung dari YouTube.

    Lihat saja pada ibu yang ‘terkurung di rumah’ Jessica Tull yang mendapat pendapatan enam angka setakat poskan klip beliau membersihkan rumah. Oh ya ia juga ditayangkan di ‘time-lapse videos’.

    Ambil Perhatian:

    Dengan lebih 5 bilion video YouTube di tonton setiap hari, ia memerlukan kerja keras untuk menarik perhatian daripada yang lain. Jika anda sedia hadapi cabaran atau sedia mencuba sesuatu yang baru, YouTube sediakan lebih pendedahan daripada Instagram. Langkah terbaik ialah fokus kepada ‘niche’ yang menghibur atau mendidik. Ini mungkin dengan melakukan gurauan atau mencipta semula hidangan dari persembahan TV.

    Sebaik saja anda perluas kumpulan peminat kepada 1,000 pelanggan dan 4,000 jam menonton (watch hours) dalam 12 bulan yang lalu, anda boleh secara rasmi mengewangkan saluran anda dengan iklan YouTube.

    Anda masih raih untung?:

    Jawapan singkat: Tidak pasti. Sebaik saja saluran anda menarik minat, ada pelbagai cara mengewangkan saluran anda. Ini termasuk ‘affiliate links’ dan iklan tajaan dalam video anda. Tinjau apa yang pemilik YouTube hasilkan menerusi panduan terperinci dan baagimana anda boleh menjadi seperti mereka.

    5. Berdagang Wang Untuk Raih Untung

    Faham dan Ingat:

    Salah satu cara untuk mendapat pendapatan lebih menerusi Internet ialah berdagang forex. Seperti pelaburan lain, terdapat risiko yang sedia ada. Jika anda bersedia untuk mencuba, satu cara ialah perdagangan salinan . Secara ringkas, anda menyalin seorang pedagang yang berpengalaman dengan ‘leveraging’ pengalaman dan kepakaran pelaburan pedagang yang disalin. Jika pedagang tersebut meraih untung begitu juga anda.

    Ambil Perhatian:

    Keberhasilan anda terletak pada siapa anda pilih untuk salin. Seperti yang dinyatakan oleh artikel ini dengan jelas, tiada pelabur yang sempurna (perfect).

    Adakah anda masih raih Untung?:

    Ia bergantung kepada siapa anda salin. Mendapatkan platform perdagangan salinan boleh membantu. Salah satu broker forex yang terbukti berkesan ialah Forex4you yang khidmat perdagangan sosial ‘auto-copy’ Share4you-nya izinkan anda melihat akaun lama setiap ‘Leader’ yang membenarkan dagangan mereka disalin. Share4you juga membenarkan penyalin memberi maklum balas di ruang pedagang. Ketelusan ini memberi anda peluang untuk menilai potensi tahap risiko ‘Leader’ yang dipilih untuk disalin.

    Catatan berkaitan