• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Petikan: Perisian analisis teknikal Forex apa yang paling popular bagi peniaga yang berada di pasaran? Forex4you telah membuat tumpuan kepada yang paling popular dan juga mengulas perbezaannya.

    Hampir tidak mungkin untuk buat duit secara tekal (consistent) dari pasaran forex tanpa perisian analisis teknikal Forex yang baik. Terdapat ramai peniaga yang berpendapat mereka boleh berniaga berdasarkan kepada analisis asas. Bagaimanapun agak tidak mungkin untuk berbuat demikian. Oleh itu, seorang peniaga profesional biasanya gabungkan kedua-dua analisis asas dan analisis teknikal sebelum mereka buat keputusan perdagangan.

    Dalam panduan ini, Forex4you akan meninjau dan terangkan platform perdagangan paling popular yang digunakan oleh peniaga forex di pasaran, yang menumpukan pada perisian platform perdagangan MetaQuotes. Sudah tentu terdapat lagi platform perdagangan tetapi ini adalah perisian analisis teknikal Forex yang paling kerap digunakan di pasaran.

    Platform perdagangan MetaTrader4 (MT4)

    MetaTrader4 adalah platform perdagangan bagi perdagangan Forex yang paling popular, menganalisis pasaran kewangan dan gunakan Penasihat Pakar di pasaran kewangan. Juga perdagangan mudah alih, isyarat perdagangan dan pasaran Forex adalah bahagian penting MT4 yang meningkatkan pengalaman berniaga peniaga Forex. MT4 adalah platform dagangan Forex yang paling banyak digunakan oleh pelanggan runcit. Ia disusun dengan baik, ringkas dan mudah digunakan dan difahami. Bagaimanapun, mungkin ia tanpa beberapa fungsi, kebanyakannya bagi peniaga pro yang banyak wang.

    Sebagai tambahan kepada ciri-ciri perdagangan mesra- pengguna dan maju MetaTrader4, perisian ini juga menawarkan keupayaan membuat carta maju (advance). Carta canggih ini membolehkan peniaga berdagang dan analisis aspek teknikal pasaran secara serentak. Anda juga boleh menukar warna dan gaya carta dan bahkan masukkan pencontoh yang diubah suai untuk menggambarkan pilihan peribadi. Ini menjadikan carta lebih mudah dibaca dan memandangkan anda boleh keluarkan fungsi yang anda tidak minat, tumpuan hanya pada keutamaan peribadi.

    Tidak seperti perisian lain, platform MT4 rendah sumber, bererti gangguan pada PC adalah minimum. Ini membolehkan platform itu bergerak pantas, membolehkan pelaksanaan perdagangan dan permintaan peniaga lebih pantas.

    Platform Perdagangan MetaTrader5 (MT5)

    MetaTrader 5 (MT5), juga adalah perisian analisis teknikal Forex yang dibangunkan oleh MetaQuotes, pada dasarnya ia adalah versi platform MT4 yang lebih baik. Platform perdagangan ini paling sesuai bagi mereka yang berdagang mata wang, CFD dan futures. Semua boleh dibuat dalam satu akaun. Ia sangat membantu peniaga dengan banyak instrumen bagi analisis teknikal dan asas, pelbagai tempoh masa , sistem amaran, dan lain-lain. Bagaimanapun dibandingkan dengan MT4, tidak terdapat banyak perbezaan dari segi alat dan sifat tertentu. Kelemahan utama MT5 adalah ia kurang menyokong strategi perdagangan berbanding dengan MT4, yang boleh didapati di pasaran. Ini boleh menjadi faktor genting untuk difikirkan apabila membuat pilihan antara dua paltform. Jika anda lebih suka yang ringkas daripada ciri baru dan lebih baik, maka MetaTrader 4 (MT4) adalah pilihan lebih baik untuk anda.

    (Gambaran keseluruhan platform dagangan MetaTrader 5 – Sumber Imej: MetaQuotes Software Corp.)

    Ciri-ciri maju (The advances) boleh dianggap rumit oleh setengah orang dan penting oleh yang lain. Dengan memprogram di MQL5, peniaga boleh membentuk indikator teknikal mereka sendiri dan membentuk penasihat pakar (EA) perdagangan robot mereka sendiri. Ini membuat MetaTrader5 (MT5) lebih boleh diubah suai dan pada masa yang lebih rumit. Seorang peniaga yang sifar skil memprogram atau memahami akan lebih selesa dengan MT4 walaupun terdapat broker forex yang menawarkan alat ini sebagai sebahagian daripada khidmat mereka.

    Catatan berkaitan