Petikan: Bagi kebanyakan peniaga muka baru, sukar untuk menentukan trend pasangan mata wang. Belajar konsep di sebalik analisis teknikal menggunakan pelbagai tempoh masa dengan tutorial Forex4you.

Analisis teknikal menggunakan pelbagai tempoh masa adalah strategi perdagangan trend di mana pedagang forex menggabungkan tempoh jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk menganalisis dan berdagang sepanjang arah trend. Dalam kata yang mudah, peniaga menggunakan pelbagai tempoh masa untuk kenal pasti zon di mana tempoh masa jangka pendek dan jangka sederhana sejajar dengan trend pada carta tempoh masa jangka panjang. Selain itu, tempoh masa bermula dari tempoh masa 1 minit dan peniaga boleh menggambarkannya sehingga tempoh masa bulanan. Di antara dua anda juga harus mempertimbangkan M5, M15, M30, H1, H4, tempoh masa harian dan mingguan.

Inti analisis teknikal pelbagai tempoh masa adalah untuk mengaturkan perdagangan pada tempoh masa yang lebih singkat bersama-sama dengan trend jangka panjang pasangan forex. Strategi ini akan memastikan anda tidak bertentangan dengan trend ketika mengatur perdagangan forex.

Analisis teknikal pelbagai tempoh masa

Kedudukan jangka panjang harian, mingguan dan bulanan biasanya tempoh waktu digunakan oleh peniaga jangka panjang. Sebahagian daripada kedudukan ini sudah dipegang (held) selama bertahun-tahun. Oleh itu, jika anda perlu berdagang dengan kedudukan jangka pendek seperti mengambil kedudukan panjang (going long) pada pasangan forex dengan waktu perdagangan maksimum 30 minit, maka anda perlu memastikan bahawa trend berada di arah menaik.

Analisis teknikal pelbagai tempoh masa tidak memberi tumpuan berlebihan pada satu tempoh masa. Anda akan menggunakan tempoh masa jangka panjang untuk menentukan trend pasangan tukaran mata wang, tetapi lilin tunggal yang membentuk maklumat nilai bagi satu hari perdagangan pada carta D1 tidak akan menunjukkan kepada anda di mana untuk mengatur perdagangan. Ini mungkin tidak tunjukkan anda apa entry teknikal akan mencerminkan trend. Di sinilah tempoh masa jangka pendek harus digunakan. Ini dapat membantu anda sama ada terdapat kemungkinan untuk memasuki perdagangan yang menguntungkan ke arah yang ditunjukkan dalam carta jangka panjang.

Untuk anda memahami sepenuhnya bagaimana analisis teknikal pelbagai tempoh masa bertindak, kami akan menjelaskan kepada anda dengan contoh mudah.

Langkah 1

Pilih mana-mana pasangan forex untuk berdagang dan buka carta Harian (D1). Dari carta D1, USDJPY berada dalam trend menurun. Oleh itu, matlamat di sini adalah untuk memulakan perdagangan singkat. Apa yang kita lihat pada hari itu adalah doji yang sangat tipis, yang tidak mencukupi untuk membuat sebarang keputusan perdagangan.

English: USDJPY pair in D1 timeframe is in Downtrend
Bahasa: Pasangan USDJPY dalam tempoh masa D1 adalah trend menurun

Langkah 2

Sekarang, kami akan bergerak ke tahap lebih terperinci ke carta 4 jam untuk mendapatkan pandangan yang lebih luas tentang apa yang berlaku pada carta harian. Carta H4 menunjukkan bahawa pasangan tukaran mata wang dalam trend menurun. Ini mengesahkan bahawa pasaran berindak mengikut susunan trend yang dilihat pada carta harian (D1).

English: USDJPY pair in H1 timeframe is in Downtrend
Bahasa: Pasangan USDJPY dalam tempoh masa H1 adalah trendmenurun

Oleh itu, pada masa ini juga masih belum cukup maklumat untuk membuat keputusan entry. Oleh itu, anda perlu menambah carta Setiap Jam (H1) untuk memeriksa sama ada maklumat lanjut boleh diperolehi untuk memasuki dagangan.

Langkah 3

Yang terakhir, carta M30 dipenuhi yang menunjukkan carta lebih terperinci. Di sini anda dapat melihat bahawa tindakan harga bermula hari ini dengan pergerakan terbalik yang sederhana mengakibatkan pembentukan beberapa lilin doji dan pin bar.

English: USDJPY is in mild uptrend in M30 timeframe
Bahasa: USDJPY dalam trend menaik sederhana dalam tempoh masa M30

Pin bar terakhir ditutup di bawah paras rintangan, oleh itu perdagangan pendek akan menjadi pilihan terbaik.

Catatan berkaitan

site call
live chat